Home

Tuesday, November 30, 2010

kelantan 3-0 terengganu

kelantan dapat menggunakan gelanggang sendiri dengan sebaik-baiknya di std sultan muhammad ke-4 kota bharu semalam apabila dapat membenam terengganu dengan tiga gol diseparuh masa kedua.Di babak pertama,kelantan tidak dapat menghasilkan sebarang gol kerana padang yang licin dan berair.Kelantan disanjung apabila menjaringkan gol yang pertama pada minit yg ke-60.Gol kedua berhasil apabila kesalahan pertahanan terengganu digunakan sebaik mungkin untuk menjaringkan gol pada minit ke-84.Kelantan dapat menambah gol bekalan pada minit ke-90 perlawanan.

Thursday, November 25, 2010

Skuad The Red Warriors mula lapor diri esok

PEMAIN bola sepak Kelantan akan mula melapor- kan diri esok bagi memulakan sesi latihan sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan berkata, sesi latihan pula hanya akan bermula keeso- kan harinya selepas kesemua pemain skuad The Red War- riors termasuk tiga muka baru melaporkan diri.
Tiga pemain baru yang akan memperkuatkan cabaran The Red Warriors ialah Nurul Azuan Roya dari Johor FC, K. Soley (Perlis) dan Mohamad Abdul Aziz Ismail.
"Pemain yang ada sudah mencukupi, setakat ini hanya tiga pemain itu sahaja yang dibawa masuk
"Kemasukan tiga pemain itu dilihat akan memantapkan serta memperkukuhkan lagi barisan pemain yang sedia ada dalam pasukan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Dalam pada itu, Sathianathan memberitahu, beliau tetap akan memberikan peluang kepada pemain-pemain pelapis untuk membarisi skuad utama Kelantan.
"Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, saya lihat ada tiga pemain muda yang boleh diketengah- kan untuk musim depan," katanya.
Musim depan, Kelantan bakal tampil tanpa keli- bat dua peledak berpengalaman iaitu Hairuddin Omar yang berhijrah ke Negeri Sembilan dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli pula menyarung jersi Perak.

Navigasi Garmin Asus A50

SEJAJAR dengan perkembangan teknologi yang semakin maju, telefon pintar bukan lagi digunakan untuk berkomunikasi tetapi dijadikan peranti navigasi bagi mencari lokasi atau kedudukan yang diingini pengguna.
Model terbaharu Garmin Asus A50 yang didatangkan dengan teknologi sistem penentu kedudukan global (GPS) Qualcomm GPSOne-Gen7 dapat memberi kemudahan navigasi lebih berkesan kepada pengguna.
Dilengkapi perisian navigasi canggih terbaharu, Garmin 1460, telefon pintar itu dapat memudahkan pencarian pengguna hanya menggunakan telefon pintar mereka.
Ia hanya mengambil masa kira-kira 30 saat untuk menentukan kedudukan yang dikehendaki pengguna.
Bagi memudahkan lagi pengguna, model itu juga menyediakan panduan suara. Ia memberi arahan tunjuk arah jalan dan simpang yang bakal dilalui ketika memandu ataupun ketika menggunakan laluan pejalan kaki.
Peranti pintar itu turut didatangkan bersama pangkalan data peta dan rujukan tempat menarik atau Point of Interest (POI) dengan lebih terperinci agar pengguna mudah memahami sistem navigasi.
Keistimewaan skrin sesentuh 7.7 sentimeter (sm) Garmin Asus A50 yang boleh menukar mod siang dan malam dapat memastikan pengguna selesa menggunakan peranti terbaru itu.
Alat yang bakal menjadi teman setia pengembara itu menggunakan sistem operasi Android 2.1 yang memberi kelebihan kepada pengguna melayari Internet, menghantar e-mel dan berhubung melalui laman sosial dengan mudah serta pantas.
Garmin Asus A50 yang kini sudah berada di pasaran dijual pada harga RM1,099. Untuk keterangan lanjut mengenai telefon pintar ini boleh melayari laman web http://my.garminasus.com

kenape daging babi itu diharamkan oleh islam!

hendak tahu puncanya disini
disini => lihat video di youtube <=
di dalam daging itu mempunyai ulat.dan apabila dia masuk ke dalam badan kita ia menyababkan ulat itu hidup didalam badan kita.....
hendak lihat bagaimana ulat itu hidup....
disini => lihat video di youtube <=
ingat janganlah sesekali memakan danging babi......

Wednesday, November 24, 2010